Sunday, August 15, 2010

::Muslimah Solehah Itu Berbeza....::

Muslimah solehah itu berbeza,

Kerana….

Sebelum kaki melangkah keluar pintu,

Dia bercermin penuh rasa malu,

Membelek-belek tudung dan baju,

Bukan untuk cantik, bukan bimbang dipandang tidak menarik ,

Tapi demi memastikan syari’at Allah dilaksana dengan baik,

Kepuasan diri bukan utama, kepuasan Allah itu kerisauannya.



Muslimah solehah itu berbeza,

Kerana….

Khidmat bakti dan cintanya untuk suami,

bukan kerana takutkan poligami,

bukan bimbang cinta tak bersemi,

Tapi semata patuh pada suruhan ILAHI,

Demi kasih dan cintanya kepada Nabi.



Muslimah solehah itu berbeza,

Kerana….

Walau jauh dia berada, walau setinggi mana jawatan digalasnya,

Tapi jiwa dan hati tetap pada keluarga,

Suami dan anak-anak gelanggang pahalanya,

Menyemai sakinah dan mawaddah,

yakin hadirnya rahmah dan barakah,

Rumahtangga bahagia, syurganya di dunia.



Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.

Thursday, August 12, 2010

..::Kecantikan Muslimah Yg Sejati::..

Setiap Kecantikan Individu datangnya dari ALLAH s.w.t. Tetapi ingatlah kecantikan paras rupa, indahnya pipi yg bak pauh di layang,bibir yg merah umpama delima sedang merekah,ataupown hidungnya yg mancung bagai seludang itu akan musnah jua sekiranya tidak dihiasi dengan cahaya keimanan dan islam.


pada zaman dahulu,manusia tidak pernah terfikir bahawa dengan teknologi yang canggih dan moden kita mampu merampingkan pinggang,menhilangkan kedut di muka. Sekarang pada era kemodenan yg makin pesat ini rupa paras boleh diubah melalui pembedahan plastik, dan yg tua boleh dilewatkan dengan memakan hormon estrogen. semua permaslahan ini melibatkan maruah kaum wanita.


Islam meletakkan ukuran kecantikan bukan pada raut wajah yang manis,pada putih kuning kulitnya,tubuh atau sorotan mata yang menawan,tetapi biarlah hati dan juga akalnya juga cantik. Malah kecantikan hati diletakkan paling utama,diikuti dengan kecantikan akal dan akhir sekali barulah kecantikan paras rupa.Kecantikan paras rupa ini ada atau tidak ada,sama sahaja di sisi Allah Ta'ala.Ini jelas digambarkan berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w:"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berkata kepada Abu Zar:"Lihatlah sesungguhnya engkau tidak dinilai mulia kerana kulit merah dan juga kerana hitam, sebaliknya mulianya kamu dengan sebab taQwa"(Riwayat Ahmad).Bukan itu sahaja,malahan Islam mengukur kecantikan dengan melihat kebersihan dari segala unsur yang bertepatan dengan ketentuan Allah Ta'ala.




TaQwa itulah yang dimaksudkan kecantikan hati.hati yang cantik adalah hati yang sangat sensitif terhadap Allah Ta'ala.Merasakan kehebatan dan kebesaranNya sehingga merasakan diri sangat hina dan lemah.Perasaan yang lahir inilah yang dapat menyingkir segala sifat-sifat"kesyaitanan"dalam hati manusia seperti pemarah,ego,bangga diri,sombong,rakus dan sebagainya.


Inilah falsafah kecantikan sebenar menurut Islam.Justeru itu,mereka yang cacat fizikalnya atau tidak menarik dinilai,adalah orang yang tercantik di dunia jika di dalam tubuhnya yang cacat itu bersemanyam megah jiwa atau batin yang cemerlang dan sentiasa dicuci dengan Nur Ilahi.


Dengan ape yg tertulis,mari lah sama2 kita berusaha mengubah,mencorak,diri dan peribadi kita supaya dapat menjadi seorang muslimah yg di syariatkan oleh agama. Ya ALLAH....tunjukkan lah KAMI hambamu yg Hina ini Kejalan yg Kau Redhai....supaya KAMI dapat hidayah dan petunjuk dari-MU